Wednesday, July 28, 2010

Berkata Ibnu Mas'ud R.A.:

Sesiapa yang hendak mengetahui sama ada
dia cintakan ALLAH atau tidak....
maka hendaklah dia melihat kepada
AL-QURAN.....
Jika dirinya mencintai
sesungguhnya dia mencintai ALLAH.......
KERANA sesungguhnya AL-QURAN
itu kalam ALLAH

Wednesday, June 2, 2010

asalamualaikum,hello,..rasanyer sudah lama tak buka blog ni...biasa arrr....thun ni nak ambil SPM... sbab tu busy ckit...ari 3 jun 2010,khamis....esok start cuti 2 minggu...cuti pertengahan thun...gmbira pown ada...sdih pown ada...coz nanti tak leh jmpa kwn2...stakat kawan2 klas tu tak pe...tpi kwan2 bkan klas mcm ner pulak...tak der nombor mreka...

Tuesday, September 15, 2009

WATAK WANITA ikut tarikh lahir....

AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk.Apabila bersuami,dia taat kepada suaminya namum suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.
Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang,tetapi tidak suka orang mengkritiknya.Percintaan tidak telus,tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka.
Pandai simpan rahsia,rajin berusaha dan bekerja,tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros.Rangsangan seksualnya agak tinggi.
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur,tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati,tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan.ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan,cergas,berusaha kuat,teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
Namun,jika marah berapi-api dan menakutkan,jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.Dalam percintaan pula,dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami.Namun,pertuturan lembut dan pandai mengambil hati.
Apabila tidak sukakan seseorang,sentiasa mencari kesalahannya,hatinya keras dan sukar dilembutkan.Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
Pandai simpan rahsia,hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh.Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
Dalam soal kewangan,dia tidak kedekut.Dia rajin bekerja,ada tanggungjawab,suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat kepadanya,dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu.Namun,dia pandai dalam pergaulan,pandai mengambil hati dan menghargai orang.Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri.
Berfikiran terbuka,tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja.Keputusannya tidak seimbang,kurang pengalaman.Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan,dia pandai mencari duit,tetapi kurang cermat menyimpan duit.Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.Dari segi seksualnya pula,bolrh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik

Sunday, September 13, 2009

15 Petanda DILAMUN CINTA

Sukar melelapkan mata

Sejak berkenalan,ingatan anda kpd si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

Sentiasa berdebar

Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung,malah anda jadi menggelabah dihampiri si dia.

Suka ambil tahu

Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia.Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

Resah gelisah

Hati gelisah apabila si dia tidak kelihatan.Anda tercari-cari jika terlihat kelibat bayangnya.

Dihinggapi cemburu

Anda cemburu apabila si dia melayan orang lain sekalipun kawan-kawan.Sikap itu amat ketara sehingga disedari kawan-kawan anda.

Hobi baru...termenung

Anda suka termenung dan di mata anda terbayang wajah si dia dan anda bersama.

Dating

Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama.Kadangkala anda buat temu janji temu di waktu malam sekalipun baru petang tadi berjumpa.

Rindu

Setiap saat anda mengingatinya dan apa yang dipandang akan mengingati anda kepada si dia.

Bergayut di telefon

Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam bergayut di telefon berbual kosong kerana yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.

Berubah cita rasa

Kehadiran si dia berjaya mengubah cita rasa anda mengenai pelbagai perkara.

Memberi hadiah

Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh.

Awal ke tempat kerja

Anda bersemangat datang ke pejabat awal dengan harapan dapat berbual atau bersarapan dengan si dia.

Lebih rajin

Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini.

Menjaga penampilan

Penampilan anda semakin anggun,malah wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesonakan.

Defensif

Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik,anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan.

Tuesday, August 25, 2009

hi...check out me.....


Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Cute Bear Images

Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Picture Comments

TOday...Dlm SeJArah HIdupAku...

Ari..nie 5 ramadan 1430h bersmaan dengan 26 ogos 2009.Aku pose tau.Ari nie aku bangun dengan penuh rahmat. .Aku bngun tiba2 aku trnmpak SATU lembaga ,memakai kain batik dan memakai baju,trcocok sanggul di rambutnya sambil mencekak pinggang yg rmpingnya bersaiz 40' lalu mnjerit "BANGUN...HOIIIIII"..Aku terkebil-kebil memandang ke arahnya sambil dia memandang tajam kearahku....Lalu ada satu penampar bongsu singgah di pipiku yg putih lagi gebu lalu jadilah ??tut..tut???? he..he...selepas itu aku dapat merasakan rahang-rahangku begitu "HEROT" skali...Rupa-rupanya baru aku tersedar bahawa jam didinding menunjukkan sudah pukul 11 pagi....cuaca pada pagi ini cukup gelap sebab itulah aku terlajak tidur...